Sunday, 22 May 2016

NAMA ANAK INDAH DISEBUT


Pemilihan nama anak mestilah indah disebut dan membawa makna yang baik.  Maksud indah ialah senang disebut, mudah diingati dan ringkas.

Makna yang baik merujuk apakah 'lambang' kepada nama itu.  Dalam hal ini, memandangkan bahasa di syurga menggunakan bahasa Arab, haruslah diterjemahkan nama mengikut bahasa Arab.

Bagaimanapun, tidak bermakan nama orang Islam di seluruh dunia mesti seperti nama orang Arab.  Kalaupun nama itu tidak membawa apa-apa maksud, ia tidak menjadi masalah kerana perkara yang diutamakan ialah mengelak memberi nama yang membawa maksud buruk dan tidak sesuai dalam masyarakat.  

Kita berasa sedih apabila banyak nama dalam bahasa Melayu apabila diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab mempunyai makna buruk dan mengaibkan, biarpun sedapk bunyinya.  Nama binatang, perbuatan buruk, maksud buruk dan nama berhala banyak dinamakan kepada anak akibat tidak mengetahui maksud dalam Bahasa Arab.

Bagi mengelak perkara itu, sebelum menetapkan nama anak, rujuklah maknanya dalam Bahasa Arab kepada mereka yang arif.  Perlu diingatkan, agar nama dalam Bahasa Arab hendaklah dieja dan disebut betul-betul.  Tambahan atau tertinggal satu huruf membawa makna berbeza.  Begitu juga nama yang menggabungkan beberapa perkataan sepatutnya saling berkaitan antara satu sama lain.

Antara nama pilihan Rasulullah SAW ialah Abdullah apabila baginda memberi nama anak Abu Thalhah dan Abbas dengan nama Abdullah pada hari kelahirannya. Dikatakan nama Abdullah sudah digunakan sebelum kedatangan Islam lagi dan ayahanda Nabi Muhammad SAW sendiri bernama Abdullah (hamba Allah). Selain itu, Baginda SAW sukakan nama para nabi apabila memberi nama Ibrahim kepada anaknya iaitu nama bapa para Nabi, iaitu Nabi Ibrahim.

Ibu bapa sekarang amat gemar menambah huruf kepada nama anak agar kelihatan agak pelik dan panjang.  Penambahan huruf q.e.y.f dan z banyak dilakukan kepada nama anak kerana dikatakan menarik, sedangkan keadaan sebenar menyebabkan nama anak sukar disebut dan dieja.

Pemilihan nama anak juga perlu menunjukkan perbezaan jantina. Ada ib bapa sengaja menamakan anak lelaki dengan nama melambangkan anak perempuan dengan alasan mencari kelainan atau terlalu menyukai nama itu.

Perbezaan jantina perlu jelas bagi mengelak kekeliruan.  Biarpun penggunaan bin dan binti membezakan antara lelaki dan perempuan, tetapi perkataan tersebut sering tidak disebut atau ditulis.

Satu perkara semakin berlaluasan berlaku dalam masyarakat Melayu ialah pemilihan nama panjang.  Nama itu sama ada digabungkan secara satu sebutan atau diasingkan menjadi hingga tiga atau empat nama.  Ejaan nama menjadi lebih panjang apabila ditambah dengan pangkal nama keluarga.


Nama panjang memang nampak hebat, tetapi tiada kelebihnnya, bahkan banyak mendatangkan masalah.  Tiada untungnya nama panjang hingga menggunakan 30 huruf, sedangkan nama panggilan harian hanya tiga atau empat huruf sahaja. 

No comments:

Post a Comment