Wednesday 27 March 2024

BERI BIRU KACUKAN THAILAND

 
Beri biru (blueberry) adalah tumbuhan herba dan buah berwarna nila. Pokok beri biru bercirikan renek sekadar 10 sentimeter hingga ke 4 meter. Dalam konteks pengeluaran beri biru secara komersil, spesies yang bersaiz kecil dikenali sebagai lowbush blueberry (beri biru semak rendah). Manakala spesies yang bersaiz lebih besar dikenali sebagai highbush blueberry (beri biru semak tinggi).
 
Bunga beri biru berbentuk loceng berwarna putih, merah jambu pucat atau merah yang kadangkala kehijauan sedikit. Buah yang dihasilkan bercirikan beri dengan diameter antara 5–16 milimeter, dengan hujungnya berbentuk mahkota.
 
Buah beri ini pada mulanya kehijauan pucat, kemudiannya merah keunguan dan akhirnya ungu gelap apabila masak. Buah ini juga dilitupi lilin epikutikular seakan serbuk apabila disentuh.
 
Buah beri biru mempunyai rasa manis apabila ia masak dengan rasa kemasaman yang berbeza.
 
Mereka yang minat menanam beri biru disyorkan mendapatkan beri biru kacukan Thailand. Pokok kacukan ini tahan panas dan memerlukan cahaya matahari secara langsung. Penjagaan tidak rumit dan tidak perlu disiram selalu. Boleh ditanam di atas tanah mahupun di dalam pasu.
 
Benih beri biru ada dijual melalui dalam talian. Taip “anak blueberry” atau “pokok blueberry” untuk membuat carian.